Thursday 19 December 2013

Nazri Aziz Tak Mahu Nora Danish Sebagai Menantu… Nora Pula Sanggup Putus Cinta Jika Tiada Restu


Hubungan antara Nora Danish dengan Nedim Nazri bukan lagi satu rahsia.
Bagaimanapun lepas satu, satu gosip keluar berkenaan pasangan ini.
Daripada pergi bercuti sama-sama hinggalah tweet kontroversi Nedim, pasangan ini tak dapat lari daripada lensa peminat.
Terbaru hubungan pasangan ini dikatakan tidak mendapat restu daripada ayah Nedim, Dato’ Seri Nazri Aziz.
Apabila ditanyakan perihal ini pada Nora, pelakon ini menegaskan bahawa dia sanggup memutuskan hubungan cinta jika mereka tidak mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga.
Tambah Nora, dia dan Nedim belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat tetapi jika sudah ada ketetapan, satu sidang media akan dibuat bagi mengumumkannya. – REM RAMZI
Sumber: berita.rtm.gov.my

Azih Muda Diumum Presiden Baru CUEPACS

 
Kuala Lumpur – Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysis (ANULAE), Azih Muda diumumkan sebagai Presiden CUEPACS di Konvensyen Tiga Tahun Sekali CUEPACS di Dewan Wawasan, Menara PGRM Cheras di sini sebentar tadi.
Bekas Timbalan Presiden 1 CUEPACS itu menewaskan Presiden Kesatuan Kakitangan Kementerian Pertahanan (KESATRIA), Ahmad Shah Mohd Zain dengan majoriti 390 undi.
Azih mendapat 701 undi menggantikan Datuk Omar Osman yang melepaskan jawatan presiden kesatuan itu.
Ahmad Shah memperoleh 311 undi.
Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng turut mengekalkan jawatan Setiausaha Agung CUEPACS.
Keputusan rasmi diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengiraan Undi, Borhan Mustafa. - BH Online

Duda Kembalikan Semula Memori Perkahwinan

 
TAMPAK  indah, tetapi jika anda mengetahui cerita sebenar di sebalik gambar ini, anda mungkin akan menitiskan air mata.
Ben Nunery yang kehilangan isterinya, Ali dua tahun lalu akibat penyakit kanser paru-paru bercadang untuk membawa anaknya, Olivia berpindah keluar dari rumah yang menyimpan begitu banyak memori sepanjang lebih empat tahun perkahwinan mereka.
Apabila semua barang sudah dibawa keluar, rumah tersebut kosong sama seperti sehari sebelum dia dan isterinya merakamkan gambar perkahwinan mereka di situ.
Untuk mencipta semula keindahan memori itu, Ben mereka semula situasi dalam gambar perkahwinan mereka dan kali ini, dia menggunakan anak perempuannya, Olivia sebagai ganti imej isterinya dalam gambar itu.
Dengan menggunakan khidmat kakak Ali, Melinda Pace, gambar itu dirakam semula dengan set yang sama.
Oh, kami yakin dalam keindahan gambar ini, anda juga dapat merasakan kesedihan dan kesunyian dalam diri Ben.
Apa pun, itulah kuasa cinta…